fbpx

Laluan jejantas SMK Pengkalan Permatang ditutup sementara esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta laluan alternatif bagi pengguna jalan itu.

KUALA SELANGOR – Laluan di kawasan jejantas pejalan kaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang, Tanjong Karang di sini, yang merekah akan ditutup bermula malam esok.

Penutupan sementara jalan bagi semua kenderaan itu ekoran pelaksanaan kerja pemasangan rasuk jejantas tersebut.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor berkata, kerja memasang rasuk itu akan dijalankan pihaknya mulai 11.30 malam esok hingga 5.30 pagi Jumaat ini.

Katanya, pelaksanaan itu menyebabkan Laluan Persekutuan 5 Jalan Klang-Sabak Bernam di hadapan sekolah berkenaan akan ditutup sepenuhnya bagi semua jenis kenderaan.

“Penutupan ini akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya pada tempoh tersebut. Bagi pemandu kenderaan berat, mereka  boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Sungai Terap, Jalan Raja Musa dan Jalan Rawang 1.

“Kenderaan ringan pula diminta menggunakan laluan alternatif di Jalan Bukit Belimbing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah jurucakap itu, semua pengguna diminta terus mematuhi papan tanda arahan yang disediakan JKR di lokasi berkenaan.

Pada 11 Januari tahun lalu, Kosmo! melaporkan semua pengguna jalan raya diminta berwaspada ketika melalui jejantas di hadapan sekolah berkenaan yang didapati merekah.

Hasil pemeriksaan JKR mendapati berlaku rekahan pada struktur rasuk jejantas itu ekoran hentaman kenderaan berat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI