fbpx

MBPP rampas 4 gerai warga asing di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MBPP ketika menjalankan operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras warga asing di daerah Barat Daya, kelmarin.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas empat gerai warga asing setelah beroperasi tanpa lesen dalam operasi bersepadu pasar malam di kawasan Barat Daya, petang kelmarin.

Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia turut menahan tujuh orang warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dalam operasi tersebut.

Menerusi kenyataan MBPP, Jabatan Pelesenan MBPP dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan operasi bersepadu pasar malam bagi membanteras peniaga warga asing di kawasan Barat Daya.

“Unit Perniagaan Kecil MBPP telah memeriksa sebanyak 123 penjaja di pasar malam tersebut dan merampas barang perniagaan dari empat gerai warga asing yang menjual buah-buahan, bantal serta karpet.

 

Anggota penguat kuasa MBPP mengangkut barangan yang dirampas sewaktu operasi di pasar malam daerah Barat Daya, kelmarin.

“Sebanyak dua belas kompaun telah dikeluarkan kepada pekerja-pekerja gerai menjual makanan yang tidak mengambil suntikan anti-tifoid,” katanya di sini, hari ini.

Menurut MBPP, pihaknya telah memeriksa lima premis perniagaan dan telah mengeluarkan satu Notis Tentang Kesalahan kepada premis yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Satu Notis Tentang Kesalahan dan tiga kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan meletak peralatan dan barangan jualan di siar kaki yang mendatangkan halangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI