fbpx

Bayi dalam kandungan hilang selepas tumpangkan nenek misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut berasa sedih dan sukar mempercayai bahawa bayi yang dikandungnya hilang secara tiba-tiba. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mendakwa bayi yang dikandungnya hilang dalam kandungan selepas dia menumpangkan seorang nenek yang tidak dikenali ketika menunggang motosikal pada waktu maghrib, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Menurut pendedahan pemilik akaun TikTok @zaitunmoramill, ibu bapanya sebelum ini telah melarangnya keluar dari rumah ketika waktu maghrib memandangkan keadaannya  berbadan dua.

“Namun, disebabkan ada perkara yang perlu diselesaikan, saya tetap keluar dari rumah pada waktu maghrib,” katanya.

Ketika keluar berseorangan menaiki motosikal, wanita itu ditahan oleh seorang nenek yang mahu menumpangnya.

Sepanjang perjalanan, nenek itu bertanya pelbagai soalan mengenai kehamilannya termasuk usia kandungan serta jantina bayi.

Wanita itu berkata, nenek tersebut sangat ramah yang membuatkan dia berasa senang untuk bercerita dengan panjang lebar.

Selepas menurunkan nenek tersebut di tepi jalan, warga emas itu hanya diam membisu dan tidak menjawab soalan apabila wanita itu bertanya lokasi rumahnya.

Seminggu selepas kejadian tersebut, wanita berkenaan berkata, dia mula berasa kandungannya bermasalah, lalu membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

Dia kemudian terkejut apabila diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya hilang secara tiba-tiba.

“Terkejut, sedih, seram. Perasaan saya bercampur-baur ketika diberitahu bahawa rahim saya menjadi kosong. Istilah perubatannya kalau tidak salah adalah ‘blighted ovum’,” ujarnya.

‘Blighted ovum’ atau kehamilan anembrionik adalah apabila telur yang disenyawakan berada di dalam lapisan rahim tetapi tidak membesar menjadi embrio.

Disebabkan insiden itu, wanita tersebut berkata, dia dimarahi suami dan keluarga yang menyalahkannya atas apa yang berlaku serta tindakannya mengingkari larangan mereka agar tidak keluar waktu maghrib.

Kisah tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Hamil atau tidak, sebaiknya waktu maghrib lebih baik duduk di rumah sahaja,” kata seorang netizen.

“Sama ada anda mahu percaya atau tidak, larangan orang tua-tua jangan dilanggar,” kata pengguna lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI