fbpx

KPM tarik diri dari Pesta Buku Frankfurt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

KPM dalam kenyataan berkata, keputusan untuk menarik diri diambil selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelas KPM, keputusan yang diambil itu adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI