fbpx

32 rumah di Yan dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah penduduk di Kampung Teroi Bukit, Yan yang dilanda banjir kilat, tengah malam tadi.

YAN – Sebanyak 32 rumah di Kampung Teroi Bukit dan Kampung Titi Teras, di sini dilanda banjir kilat tengah malam tadi akibat limpahan Sungai Gurun selepas hujan lebat lebih dua jam.

Rumah penduduk dimasuki air sedalam antara 0.3 meter hingga satu meter kira-kira pukul 10.30 malam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Izzi Zulkifli berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) digerakkan ke kawasan terjejas sejurus mendapat maklumat.

“Kejadian banjir kilat kali ini berlaku secara mengejut dan paras air lebih daripada biasa menyebabkan penduduk tidak sempat membuat persediaan.

“Walau bagaimanapun tindakan pantas pihak kita dan agensi kerajaan lain, keadaan dapat dikawal dan 160 penduduk dua kampung itu berjaya dipindahkan ke tempat selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zul Izzi, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dalam kejadian tersebut.

“Sehingga pukul 8.50 pagi tadi, paras banjir semakin surut, namun penduduk diminta berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan masih hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI