fbpx

Lydia si ratu cantik, ramai mahu jadikan menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LYDIA belum fikir soal jodoh dan mahu beri tumpuan kepada pelajaran.

MELIHAT kepada raut wajah­nya, ramai yang sering keliru dan menganggap Lydia Hyginus adalah wanita berketurunan Melayu.

Bagaimanapun, wanita berusia 24 tahun ini sebenarnya me­rupakan anak kelahiran Padawan, iaitu daerah kecil yang terletak di Kuching, Sarawak.

Wanita cantik ini berasal dari etnik Bidayuh dan sering me­nyertai pertandingan ratu cantik dengan merepresentasikan budayanya sebagai identiti diri.

Kepada Kosmo! Ahad, Lydia berkongsi pelbagai pandangan dan latar belakang mengenai dirinya.

KOSMO! AHAD: Boleh ceritakan sedikit mengenai etnik Lydia?

LYDIA: Etnik Bidayuh merupakan salah satu etnik yang boleh dikatakan penduduk majoritinya di kawasan Padawan, Lundu, Bau, Serian, Kuching dan banyak lagi di sekitar Sarawak dan merupakan etnik kedua terbesar di Sarawak.

Malah, etnik Bidayuh juga mempunyai bahasa dan pakaian tradisional yang tersendiri mengikut daerah yang saya sebutkan tadi.

Bagaimana Lydia terlibat dalam pertandingan ratu cantik dan peragaan?

Ketika di bangku sekolah, saya selalu menemani kakak Priscilla Hyginus, 36 yang sering menyertai pertandingan ratu cantik di Sarawak.

Dari situlah saya mula meminati bidang peragaan dan mula menyertai pertandingan ratu cantik pada tahun 2017.

Cara Lydia terapkan nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda sekarang?

Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya dan adat resam, anak-anak muda perlu menyedari akan tanggungjawab mereka dalam mempromosikan semangat patriotik dan perpaduan khususnya di platform media sosial dan sebagainya agar keunikan budaya kita ini tersebar dan dikenali di mata dunia.

Siapakah idola Lydia?

Idola saya adalah kakak saya sendiri iaitu Priscilla. Dia banyak menjadi pendorong sejak saya kecil lagi di mana dia selalu memupuk semangat saya untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Berminat untuk terjun dalam bidang lakonan?

Memang berminat malah pernah dapat tawaran berlakon. Namun, buat masa ini saya ingin memberi fokus kepada pendidikan terlebih dahulu kerana ia perlu seiring dengan kehendak dan pasaran kerja.

GADIS manis ini meminati bidang peragaan dan mula menyertai pertandingan ratu cantik pada tahun 2017.

Pernah disalahanggap sebagai wanita Melayu atau hendak dijodohkan dengan sesiapa?

Selalu (dianggap gadis Melayu). Biasanya kenalan dari pak cik atau mak cik yang cuba jodohkan saya dengan anak mereka.

Bagaimana menjaga kulit wajah untuk kekal segar?

Saya tidak pernah tinggal untuk lakukan beberapa rutin penjagaan wajah termasuklah menggunakan pelembap, ‘sunscreen’, toner, serum dan sebagainya pada setiap hari iaitu dua kali sehari.
Untuk penjagaan badan pula saya menggunakan krim badan setiap hari bagi memastikan kulit tidak kusam.

Kelebihan diri?

Saya boleh mengurut.

Ketakutan?

Situasi kemalangan atau mengalami luka yang parah.

Pengalaman bercinta?

Pernah lalui episod putus cinta. Namun buat masa sekarang, belum lagi berfikir untuk menamatkan zaman bujang sebaliknya ingin mengenali hati budi seseorang terlebih dahulu sebelum ke fasa seterusnya.

Ciri lelaki impian?

Baik, tinggi, matang, berkerjaya dan semestinya mempunyai paras rupa yang comel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI