fbpx

Jurulatih menembak bebas tuduhan tembak mati penceroboh rumahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamil (tiga dari kiri) bersama barisan peguam belanya termasuk Muhammad Shafee selepas dibebaskan daripada pertuduhan menyebabkan kematian di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki yang disyaki memecah masuk rumahnya pada 13 tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman memutuskan demikian selepas pihak pembelaan tertuduh, Zamil Ahmad Murad, 62, diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berpuas hati perbuatan
Zami melepaskan tembakan yang kemudiannya menyebabkan kematian mangsa itu bertujuan mempertahankan diri setelah diserang mangsa dengan pisau rambo.

Berdasarkan pertuduhan, Zamil yang merupakan bekas jurulatih menembak MSNT didakwa menyebabkan kematian dengan niat ke atas seorang lelaki, Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan semak di belakang sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus antara pukul 4.15 petang hingga 4.30 petang, 1 Februari 2010.

Zamil yang didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Difahamkan mangsa telah ditembak mati selepas dipercayai cuba memecah masuk ke rumah Zamil melalui pintu belakang.

Jurulatih menembak terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan pulang ke rumah selepas dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki tersebut cuba memecah masuk ke rumah mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI