fbpx

Veteran ATM dicadang sebagai jurulatih PLKN 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan (empat dari kiri) menyerahkan kunci rumah inisiatif perumahan veteran ATM kepada Bagindak Daing (kanan) di Parit Daing Perandang, Ayer Baloi, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Kerajaan boleh melantik Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi jurulatih bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal dilaksanakan di kem-kem tentera.

Timbalan Menteri Kewangan I merangkap Ahli Majlis Veteran Kebangsaan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengalaman dan kepakaran dimiliki veteran ATM boleh dikongsi bagi membantu kelancaran program PKLN.

Katanya, kerajaan turut membuka peluang pekerjaan menerusi pengumuman penambahan anggota Renjer kepada 2,000 orang dengan melantik veteran ATM, PDRM, Orang Asli dan komuniti setempat.

“Cadangan melantik jurulatih PKLN dalam kalangan veteran ATM boleh membantu kelancaran PLKN mengikut pengalaman dimiliki oleh golongan tersebut ketika ini.

“PLKN 3.0 yang dicadang menggunakan kem-kem tentera sebagai lokasi latihan boleh memberi peluang kepada veteran ATM sebagai tenaga jurulatih,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan kunci rumah Inisiatif Perumahan Veteran di Parit Daing Perandang, Ayer Baloi, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Mejar Jeneral Zambery Darus.

Pada majlis tersebut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyerahkan kunci rumah berharga RM85,000 termasuk RM20,000 subsidi kepada Bagindak Daing Talisang, 80, Siti Zabedah Mohd. Ali, 65 dan Norazizah Mohd. Taff, 51 tahun.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Bajet 2024 mengumumkan kerajaan akan menambah bilangan Renjer Komuniti kepada 2,000 orang berbanding 1,000 orang tahun ini bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal.

“Pemilihan bekas Veteran ATM sebagai Renjer Komuniti adalah tepat berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang ada dikalangan mereka selama bertugas sebagai anggota ATM,” ujarnya.

Katanya, Bajet 2024 juga mengumumkan sebanyak RM60 juta diperuntukkan dengan tumpuan untuk melantik Renjer daripada kalangan Veteran ATM, PDRM, Orang Asli dan komuniti setempat.

Sebelum itu pada 9 Oktober, kerajaan bersetuju meneruskan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menggunakan kaedah latihan berbeza berbanding sebelumnya, dengan anak muda akan menjalani latihan di Kem-Kem Tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 Kem Tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari yang mampu menampung kapasiti sehingga 4,000 pelatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI