fbpx

Kedah terus pastikan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim jadi kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi dibawa menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika hadir dalam program Winger Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memastikan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) menjadi kenyataan.

Menurut beliau, walaupun sedikit kecewa memandangkan projek berimpak tinggi itu tidak disebut dalam Belanjawan 2024 semalam namun tetap menaruh harapan KXP yang menanti kelulusan Kementerian Pengangkutan itu dapat direalisasikan juga pada masa hadapan.

“Harap tahun depan dia (Perdana Menteri) sebutlah.  Kalau tak sebut dalam bajet, sebut dalam ‘event’ lain pun boleh. Saya sentiasa berharap KXP itu akan jadi realiti.

“Tinggal dari segi kelulusan sahaja dari Kementerian Pengangkutan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir memeriahkan program lawatan penggemar motosikal berkuasa tinggi, Winger Camaraderie Ride di Dataran Medan Bandar di sini hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, pihaknya juga bersedia berbincang semula dengan kementerian berkenaan demi memastikan pembangunan KXP itu mendapat perhatian daripada Kerajaan Persekutuan.

“KXP, saya sudah tugaskan banyak pihak di Kedah ini, hang pi sini… hang pi sini… bukan Sanusi semua, tak boleh.

“Sanusi semua jadi panas!  Saya hantar orang yang sejuk sejuk pergi jumpa (Kementerian Pengangkutan). Saya tengok dari jauh, tak kena saya jerkah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang bercadang untuk memulakan tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun serta menaikkan harga lantai belian padi dari RM1,200 kepada RM1,300 per tan.

“Tanaman padi lima kali dua tahun ini adalah ‘wishlist’ Kedah. Saya hargai itu,  bukan kita nak berlawan 24 jam. Yang betul kita kata betul, yang salah kita kata salah. Itulah pedoman hidup kita.

“Walaupun musuh walaupun kawan, yang kawan kita pun kalau dia salah kita kena kata salah kena tegur.  Kalau musuh pun dia betul kita kata betul, itulah prinsip kita simple sahaja.Tak payah nak kona banyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI