fbpx

Hujan, ribut petir di sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di sembilan negeri petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah ia melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Kelantan ia membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula, antara daerah yang terjejas adalah Besut dan Setiu. Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Raub, manakala di Selangor membabitkan kawasan sekitar Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat,”katanya.

MetMalaysia berkata, keadaan sama turut dilaporkan berlaku di seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang dan Perak.

“Di Sarawak pula, ia melibatkan kawasan sekitar Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah, membabitkan kawasan di Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat,”maklumnya.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan sehingga pukul 4 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI