fbpx

EPL: Manchester City masih calon juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRI adalah watak penting buat City apabila pasukan itu tewas dalam tiga perlawanan ketika dia digantung perlawanan. - AFP

MANCHESTER – Pengkritik bola sepak England, Roy Keane masih percaya bahawa Manchester City masih mempunyai peluang besar untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini biarpun tewas menentang Arsenal sebelum ini.

Bagaimanapun, legenda Manchester United itu mengakui bahawa skuad kendalian Pep Guardiola itu akan melalui tempoh sukar selagi mana mereka tidak dapat menggunakan khidmat pemain tengah, Rodri.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu tidak dapat diturunkan pada tiga aksi terakhir selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Nottingham Forest bulan lalu sekali gus menyaksikan mereka tewas ketiga-tiga aksi tersebut.

Satu-satunya perlawanan yang dimenangi City adalah ketika menewaskan RB Leipzig pada aksi Liga Juara-Juara tanpa Rodri yang menyaksikan Kalvin Phillips, Mateo Kovacic dan Matheus Nunes gagal mengisi kekosongan tersebut.

“Saya fikir tiga kekalahan itu adalah aksi terburuk dipamerkan City yang saya pernah saksikan. Mereka berdepan tempoh sukar ketika ini dan bermain dengan cara yang cukup teruk.

“Arsenal berjaya mengambil kesempatan itu dan layak untuk menang. Aksi City sangat teruk, tetapi saya tidak boleh mengetepikan peluang mereka untuk meraih kejuaraan musim ini.

“Jika anda melihat dua aksi menentang Arsenal musim lalu, City jauh lebih ke hadapan. Ia suatu yang baik untuk Arsenal ketika ini, namun ia tidak mengubah keyakinan saya untuk mengakui bahawa City masih lagi memiliki kemampuan hebat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI