fbpx

Syafiq-Muaz hadiahkan gangsa Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Syafiq dan Muaz berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara doubles lelaki pada Kejohanan Dunia di Kuwait awal pagi tadi. - MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Skuad tenpin boling kebangsaan terus cemerlang di pentas Kejohanan Dunia apabila meraih pingat gangsa menerusi Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Mohd Fishol bagi acara doubles lelaki.

Gandingan negara meraih kejayaan tersebut walaupun tewas 0-2 kepada beregu Korea Selatan, Kim Kyung Min-Kim Dong Hyeon pada aksi separuh akhir di Kelab Sukan Boling Kuwait awal pagi tadi.

Harapan Syafiq-Muaz ke final pada kejohanan di Salmiya itu tidak kesampaian apabila tewas 222-233 pada perlawanan pertama sebelum akur dengan kehebatan lawan tersebut dengan jatuhan pin 238 berbanding 207 milik negara di set berikutanya.

Kyung Min-Dong Hyeon akhirnya berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan satu lagi beregu Korea Selatan, Won Jong Hyeok-Oh Byung Jun 244-235 dan 201-176 pada perlawanan akhir awal pagi tadi.

Selain Syafiq-Muaz, pujian juga harus diberikan kepada kem boling negara kerana sebelum itu menyaksikan Natasha Mohamed Roslan berjaya muncul juara dunia selepas menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane pada final individu wanita.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia berjaya meraih pingat emas untuk kategori doubles lelaki di pentas Kejohanan Dunia adalah melalui gandingan Adrian Ang dan Tun Ameerul Al-Hakim sewaktu edisi 2018 di Hong Kong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI