fbpx

Belanjawan 2024: Tabung kemanusiaan RM10 juta untuk Palestin dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin melihat kemusnahan akibat serangan udara Israel di kejiranan al-Rimal, Bandar Gaza hari ini. – AFP

PETALING JAYA – Malaysia akan meluncurkan tabung kemanusiaan bagi menampung serta membantu warga Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tabung tersebut melibatkan dana sebanyak RM10 juta.

Beliau turut menggesa syarikat-syarikat serta orang ramai untuk ikut serta demi prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat.

“Perkembangan mutakhir di Semenanjung Gaza kini bertambah gawat tatkala Israel kini telah mengepung warga Gaza dan Israel telah secara ganas dan biadab ingin menghalau mereka ke selatan semenanjung tersebut,” katanya di Parlimen hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI