fbpx

Belanjawan 2024: RM2.6 bilion subsidi, insetif pesawah, nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan RM2.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai bentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah dan nelayan dalam belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 semalam berkata, peruntukan ini meningkat RM600 juta berbanding 2023.

Katanya, ia selaras dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan.

“Saya mendengar rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang telah diturunkan kepada tahap minimum 1,200 ringgit per metrik tan sedangkan sebelum ini harga belian oleh pengilang jauh
lebih tinggi.

“Justeru, kerajaan memutuskan utnuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan demi memmbantu pendapatan pesawah,” katanya.

Kata Anwar, sebanyak RM400 juta juga disediakan bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan dengan tumpuan meningkatkan pengeluaran tanaman makanan tempatan.

“Antaranya, RM150 juta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri, RM50 juta bagi pelaksanaan kaedah baharu perolehan baja secara tender terbuka selain RM50 juta untuk membekalkan 50,000 pesawah dengan baja bio dan organik,” ujarnya.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Bencana Pertanian bagi memberi pampasan sehingga 50 peratus daripada nilai kerugian akibat bencana.

“RM50 juta lagi turut disediakan sebagai dana permulaan di bawah Skim Takaful Tanaman Padi untuk manfaat lebih 24,000 pesawah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI