fbpx

Belanjawan 2024: Anwar baca Tamil, dewan meriah seketika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang gelak tawa ahli Dewan Rakyat susulan membaca petikan dalam bahasa Tamil ketika membentangkan Belanjawan 2024, sebentar tadi.

Suasana riuh penuh gelak tawa itu terjadi selepas Anwar membaca petikan ungkapan Thirukkural yang membawa maksud peringatan kepada pemerintah.

“Iyatralum Eettalum Kaatthalum Kaattha Vaguthalum Vallathu Arasu, dengan izin.

“Ini peringatan kepada pemerintah, kalau kita ada kuasa mesti gunakan (untuk) majukan khazanah dalam negara himpunankan kekayaan itu untuk dilindungi supaya tidak diceroboh dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI