fbpx

Malaysia nafi semua dakwaan dalam permintaan timbang tara Goldman Sachs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan timbang tara berhubung isu penyelesaian skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Goldman Sachs.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan berkata, dakwaan yang ditimbulkan oleh Goldman Sachs adalah bercanggah dengan tindakan yang dilakukan oleh Malaysia.

“Kerajaan Malaysia menerima permintaan timbang tara pada 11 Oktober 2023 daripada Goldman Sachs Group.

“Pertikaian itu timbul daripada dakwaan Goldman Sachs mengenai pelanggaran kerajaan Malaysia, berpunca daripada perjanjian penyelesaian yang dimeterai antara Goldman Sachs, Kerajaan Malaysia, dan 1MDB pada 18 Ogos 2020,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, jabatan itu akan menyediakan maklum balas terhadap perkara berkenaan berlandaskan undang-undang.

“Kita juga ulangi bahawa kepentingan rakyat Malaysia adalah yang paling utama,” ujarnya.

Terdahulu, Goldman Sachs dilaporkan memfailkan saman terhadap Malaysia di sebuah mahkamah United Kingdom (UK), ketika ketegangan semakin memuncak berhubung isu penyelesaian berkait peranannya dalam skandal dana 1MDB.

Menurut laporan Reuters, saman berkenaan difailkan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA), semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI