fbpx

UK, Ireland dipilih tuan rumah Euro 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri England, Rishi Sunak bersama kapten England, Harry Kane dan ketua jurulatih, Gareth Southgate selepas England disahkan menjadi penganjur bersama Euro 2028. - Foto oleh AFP

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan status penganjuran Kejohanan Euro 2028 sudah diberikan kepada United Kingdom (UK) dan Ireland selepas menang bidaan yang dibuat sebelum ini.

Difahamkan, UK dan Ireland telah dicanang oleh UEFA untuk membuat bidaan tuan rumah Piala Dunia 2030 tetapi negara-negara terbabit tidak berminat dan lebih fokus untuk penganjuran Euro edisi 2028.

Bagaimanapun, UEFA dilaporkan tidak mungkin memberikan slot automatik kepada lima negara yang bakal menjadi tuan rumah bersama seperti England, Scotland, Wales, Ireland dan Ireland Utara.

Situasi ini menyaksikan pasukan-pasukan terbabit akan turut melalui proses kelayakan seperti biasa untuk merebut tempat dalam senarai 24 pasukan terbaik nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), Mark Bullingham mengakui sangat gembira apabila kerja keras badan induk itu untuk melakukan kertas kerja sejak tiga tahun lalu membuahkan hasil.

“Kami sangat gembira apabila diberi penghormatan untuk menjadi salah satu negara penganjur kejohanan Euro 2028 nanti. FA sudah bekerja keras sejak tiga tahun lalu dan sudah tentu warga UK sangat teruja dengan berita ini.

“Sudah pasti kerja keras perlu bermula daripada sekarang dalam usaha memastikan penganjuran Euro 2028 adalah yang terbaik dalam sejarah,” kata Bullingham.

FA turut mengesahkan lima stadium di England bakal digunakan sebagai venue seperti Stadium Etihad Stadium, Stadium St. James Park, Stadium Tottenham Hotspur, Stadium Villa Park dan satu gelanggang baharu yang sedang dibina, Stadium Everton.

Difahamkan, Stadium Old Trafford dan Stadium Anfield yang turut berada dalam perancangan awal terpaksa disisihkan daripada senarai kerana tidak menepati piawaian UEFA.

Sementara itu, UEFA turut mendedahkan status hak tuan rumah bagi edisi 2032 akan diberikan kepada dua negara, Turki dan Itali. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI