fbpx

Piala Dunia 2034: Arab Saudi berpotensi jadi tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Hasan Al Misehal giat berkempen untuk membida tuan rumah Piala Dunia 2034.

PETALING JAYA – Hasrat Arab Saudi untuk membida hak penganjuran Piala Dunia 2034 pada minggu lalu telah mendapat sokongan penuh di peringkat global.

Sebagai rekod, negara berpengaruh dari Asia Barat itu telah mengesahkan minat untuk membida kejohanan bola sepak paling berprestij itu selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengharapkan bidaan daripada benua Asia dan Oceania.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) antara yang terawal menyuarakan sokongan kepada Arab Saudi dalam kempen negara itu membida tuan rumah Piala Dunia 2034 baru-baru ini.

Terbaharu, beberapa buah negara lain turut menyatakan sokongan kepada Arab Saudi seperti Thailand, Eritrea dan Afrika Selatan.

Arab Saudi pastinya mahu mengikut jejak langkah Qatar setahun selepas menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Asia Barat yang diklasifikasikan sebagai berjaya oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Sokongan itu menunjukkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap hasrat Arab Saudi sebagai negara Asia yang mampu menyajikan penganjuran Piala Dunia setaraf Qatar pada 2022 selain Korea Selatan dan Jepun pada edisi 2002.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan turut menyatakan sokongannya padunya kepada bidaan Piala Dunia Arab Saudi 2034 sejurus selepas ia diumumkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI