fbpx

Laluan pintas ke CIQ BSI ditutup, kerajaan sediakan bas henti-henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ (dua dari kanan) mengiringi Saifuddin dan Alexander ketika mengadakan lawatan dan tinjauan di CIQ, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup laluan pintas yang digunakan pejalan kaki untuk memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laluan tersebut ditutup atas faktor keselamatan berikutan terdapat laporan insiden kemalangan berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah jangka pendek, kerajaan menyediakan bas henti-henti (shuttle bus) bagi pengguna jalan kaki yang tinggal di kawasan sekitar CIQ BSI.

“Lorong tikus (laluan pintas) untuk masuk ke BSI itu pun sedang dikaji dengan rapi dan ada cadangan sebenarnya, buat shutle bus untuk jangka masa pendek supaya mereka yang datang dari Stulang dan sebagainya yang berjalan kaki masuk ke CIQ.

“Jalan itu ditutup atas faktor keselamatan ada insiden-insiden eksiden kita risau kalau benda ini terus berlaku ada ada kemalangan jiwa dan juga isu kebolosan,”katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2 Tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Gambir, BSI di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mempengerusikan itu secara dalam talian.

Terdahulu, Onn Hafiz mengiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan ke BSI bagi melihat keadaan kesesakan trafik di CIQ.

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri berharap akan ada berita baik untuk Johor dalam bajet Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat ini.

“Segala permohonan yang diperlukan oleh Johor telah dibawa kepada YAB Perdana Menteri, kita akan tunggu pengumuman itu.

“Saya yakin ada berita baik untuk negeri Johor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI