fbpx

Jawatan sensitif di JSJ perlu isytihar harta – Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shuhaily ketika berucap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang memegang jawatan sensitif perlu melakukan pengisytiharan harta, tegas Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayab (JSJ) itu berkata, usaha tersebut sebahagian daripada usaha membersihkan pasukan daripada terlibat aktiviti yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

“Antara jawatan sensitif itu ialah Pegawai Risikan dan Operasi, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) dan pegawai di Bahagian Anti maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memaklumkan pihaknya kini membuka permohanan bagi mana-mana anggota berminat dengan jawatan sensitif berkenaan dengan mengemukakan surat permohonan.

“Saya telah membuat tawaran terbuka yang mana pegawai dan anggota yang ingin menjawat jawatan sensitif itu sila kemuka surat permohonan.

“Audit berterusan akan dilakukan kepada mereka yang ada dalam unit sensitif ini yang mana akan dilakukan setahun sekali,” katanya.

Mengulas berhubung video ucapannya yang tular di media sosial, Mohd Shuhaily berkata, beliau hanya menyambung saranan yang dikemukakan Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negara sebelum ini.

“Niat saya memuat naik di Tik-Tok jabatan kerana saya hanya dapat berjumpa dengan 130 pegawai sedangkan saya ada 10,000 anggota dan pegawai dalam jabatan ini.

“Apabila di muat naik, masyarakat memberikan respon, ini menunjukkan berapa ramai yang tahu (perkara ini) cuma orang tidak bercakap perkara itu.

“Sekiranya mereka mampu maka berikan sebab ia mampu, saya tidak melarang kalau beli kereta dengan sumber kewangan yang sah, siapa saya untuk melarang menggubakan kereta berkenaan,”katanya.

Sabtu lalu, satu klip video Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, tular di media sosial selepas dimuat naik jabatan itu.

Majlis amanat itu dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen dan Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh negara.

Klip video majlis itu yang dimuat naik di Facebook rasmi PDRM memaparkan
Mohd Shuhaily memberi amaran keras terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI