fbpx

Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asghar Khan menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara, di Ipoh hari ini.

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara tersebut.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, lawatan teknikal ke negara itu akan diadakan dalam masa terdekat dengan pasukan pelaksana dibentuk pada bulan hadapan.

“Mungkin dalam Jun (lawatan), Insya-Allah kita akan tubuhkan satu pasukan untuk laksanakan lawatan teknikal ke sana.

“Menerusi lawatan itu nanti, kerajaan dan TUDM akan memutuskan bilangan pesawat Hornet yang ingin diperoleh bagi memperkasakan pertahanan udara negara.,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara di sini hari ini

Mohd. Asghar Khan berkata, TUDM ketika ini mengoperasikan lapan buah pesawat F/A-18D Hornet buatan Amerika Syarikat yang dibeli pada 1995 dan mula beroperasi dua tahun kemudian.

“Kuwait mempunyai 39 pesawat Hornet dua jenis tempat duduk dan satu tempat duduk. Daripada lawatan itu baru kita tentukan jumlah yang diperlukan. Sekiranya lawatan itu memberi hasil yang positif sehingga 2035, mungkin TUDM akan buat keputusan untuk membelinya,” katanya.

Kuwait bakal menamatkan khidmat pesawat-pesawat itu yang dibeli pada 1991 apabila digantikan dengan pesawat tempur lebih moden.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI