fbpx

Rumah transit seludup manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI yang ditangkap di sebuah rumah teres di Olak Lempit, Kuala Langat baru-baru ini.

KUALA LANGAT – Kelicikan sindiket menjadikan sebuah rumah teres di Olak Lempit, di sini sebagai transit penyeludupan manusia sejak sebulan lalu akhir­nya terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6.45 petang itu, rumah yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air itu ‘disumbat’ dengan 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang mahu pulang ke negara asal secara haram.

Kesemua PATI terbabit te­lah membayar antara RM1,500 hingga RM2,000 kepada sindiket dengan dijanjikan tinggal sehari sahaja di rumah itu sementara menunggu bot sampai.

Bagaimanapun, siasatan me­nunjukkan terdapat PATI yang telah berada selama empat hari di kediaman itu.

Sindiket juga dikatakan telah menyewa rumah tersebut pada harga RM600 sebulan. Kediaman itu sebelum ini disewa empat beranak dalam tempoh dua minggu pada awal September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, penangkapan kesemua PATI itu dilakukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 susulan maklumat awam berkaitan penyeludupan migran.

Katanya, tinjauan dilakukan selama setengah jam di sekitar lokasi itu membuahkan hasil dengan penahanan awal tiga lelaki dipercayai tekong darat dalam sebuah kereta yang mencurigakan berhampiran rumah transit tersebut.

“Pemeriksaan mendapati dua daripada tekong tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah, manakala seorang lagi tinggal lebih masa di negara ini.

“Soal siasat terhadap mereka kemudiannya membawa serbuan sebuah rumah teres di lokasi berhampiran yang membawa penahanan 53 warga asing termasuk lapan wanita.

“Kesemua warga asing itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, kesemua tekong yang juga warga Indonesia turut bekerja sebagai operator mesin tanah dan buruh binaan.

Tiga tekong direman selama 28 hari, manakala kesemua PATI ditahan 14 hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI