fbpx

Mawar Rashid ‘tewas’, akhirnya tanggal hijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Mawar Rashid berkongsi fotonya dalam keadaan tidak lagi berhijab.

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi menutup aurat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak berhijab dan menutup ruangan komen.

“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, dalam InstaStory miliknya pula, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.

Terdahulu Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.

Katanya ketika itu dia telah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun hatinya yang berbolak balik membuatkan dia sentiasa menangguhkan hasrat tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI