fbpx

Ingat dapat ikan, rupanya buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya yang berjaya ditangkap bomba selepas tersangkut pada tajur nelayan di Kampung Rantau Panjang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Impian seorang nelayan mendapat hasil ikan banyak bertukar detik mencemaskan apabila seekor buaya tersangkut pada tajur yang dipasangnya dalam kejadian di Kampung Rantau Panjang, di sini hari ini.

Buaya sepanjang dua meter ditemui nelayan dikenali Hafiz yang berusia 20an ketika memeriksa alat tangkapan tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan maklumat awal tajur tersebut dipasang lewat petang semalam.

Katanya, lima anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 9.37 pagi.

“Bomba mengambil masa kira-kira lima minit bagi operasi tersebut termasuk mengikat muncung buaya tersebut.

“Sepanjang operasi tersebut, buaya sepanjang dua meter itu tidak bertindak agresif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, buaya tersebut kemudiannya dilepaskan jauh dari penempatan penduduk. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI