fbpx
Anwar

Dewan Rakyat: Subsidi bersasar tidak akan menekan rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa dasar subsidi bersasar tidak akan menekan dan memberi kesan kepada rakyat.

Jaminan itu disuarakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan subsidi bersasar itu dilihat sangat mendesak ketika ini memandangkan kerajaan telah menanggung jumlah subsidi mencecah RM81 bilion.

“Dalam perkiraan dan pertimbangan kerajaan, termasuk jemaah menteri, sementara subsidi bersasar itu dilihat sangat mendesak kerana subsidi kini sudah RM81 billion, tetapi dasar kita tidak akan menekan.

“Sepertimana contoh terbaik, Tabung Haji dan kadar (tarif) elektrik yang tidak akan dikenakan. Walaupun ada kekeliruan yang dibangkitkan, seolah-olah kadar elektrik itu akan dikenakan kepada rakyat biasa.

“Tidak benar sama sekali. Kalau ada, mungkin ada sedikit pelanggaran daripada peraturan ditetapkan. Tetapi, saya tidak fikir kesan mungkin, kerana keputusan dari Jemaah Menteri itu jelas, hanya untuk golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang membangkitkan isu subsidi bersasar terutamanya kepada golongan sasar.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN