fbpx

Suami isteri ditipu peniaga antik, jual topeng RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Topeng kayu dari benua Afrika ini dilelong lebih RM20 juta selepas dibeli pada harga RM745. - AFP

PARIS – Sepasang suami isteri di Perancis menyaman seorang peniaga barangan antik selepas dia membeli topeng Afrika daripada mereka pada harga €150 (RM745), namun kemudian menjualnya kembali pada harga €4.2 juta (RM20.76 juta), lapor laman berita Insider.

Pasangan berusia 81 dan 88 tahun yang identiti mereka tidak didedahkan itu dikatakan sedang membersihkan rumah sekitar tahun 2021 apabila terjumpa topeng tersebut.

Menurut rekod mahkamah, suami isteri itu kemudian pergi menemui seorang peniaga barangan antik tempatan untuk menjual objek berkenaan sebelum kedua-dua pihak bersetuju untuk urus niaga berharga €150 (RM745).

Peguam pasangan itu berkata, anak guamnya tersilap percaya bahawa topeng kayu itu tidak bernilai, lapor akhbar Le Monde. Namun sebenarnya, topeng tersebut merupakan karya seni berharga dari Afrika pada abad ke-19.

Ia merupakan topeng Ngil yang digunakan dalam ritual oleh etnik Fang di Gabon, dengan hanya beberapa buah yang wujud di dunia.

Berasa tertipu dengan urus niaga tersebut, pasangan itu kini menyaman defendan sebanyak €5.21 juta (RM25.92 juta) kerana menyembunyikan maklumat bahawa topeng tersebut sebenarnya bernilai tinggi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI