fbpx

Dewan Rakyat: Cadangan pelaksanaan tahanan di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti secara serius cadangan pelaksanaan hukuman tahanan rumah dalam usaha mengurangkan kadar kesesakan di penjara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu adalah antara inisiatif reformasi penjara yang sedang dilaksanakan Jabatan Penjara.

“Lebih 16,000 daripada 75,000 penghuni penjara ketika ini layak dipertimbangkan untuk menjalani hukuman tahanan rumah.

“Bayangkan senario seorang wanita mengandung ditangkap atau dijatuhkan hukum dan perlu ditempatkan di penjara.

“Jika kita boleh mengadakan tahanan rumah, dia boleh tinggal di luar untuk menjaga kandungan dan dipakaikan peranti pemantauan elektronik (EMD),” katanya pada sesi penerangan Menteri di Dewan Rakyat malam ini.

Tambah Saifudidin, KDN bercadang mengemukakan pindaan terhadap undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah, pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini bagi memastikan perundangan semasa terus relevan.

Bagi kesalahan itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju bahawa dasar pengalihan daripada hukuman penjara kepada program rawatan dan pemulihan dadah, perlu dilaksanakan.

“Bagi individu yang menyalahgunakan dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan, jika ikut laluan biasa ialah polis tangkap, buka kertas siasatan, ada bukti, bawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI