fbpx

Putera Mateen, Dayang Anisha Rosnah kenal sejak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen dan Dayang Anisha dilihat hadir bersama dalam satu majlis bersantap pada awal tahun ini.

PETALING JAYA – Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Isa Kalebic dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022 apabila sering dilihat bersama.

Difahamkan, Putera Mateen juga berkawan rapat dengan abang kepada Dayang Anisha iaitu Danial Deen Isa dan sering bermain bola sepak bersama.

Sejak hubungan mereka ‘dihidu’ ada juga yang berkata, Dayang Anisha merupakan sepupu jauh kepada Putera Mateen sekali gus menjadikan mereka sudah mengenali satu sama lain sejak kecil lagi.

Carian di media sosial mendapati, kelibat mereka berdua sering dilihat bersama termasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan di Raja iaitu di majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.

Malah, pada ketika itu juga dikatakan Dayang Anisha memakai cincin berlian di jari manisnya dan ramai yang berteka-teki bahawa cincin tersebut merupakan ‘cincin tanda’ pemberian Putera Mateen.

Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim itu mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective yang diusahakan bersama rakan baiknya.

Terdahulu, dilaporkan Putera Mateen bakal bernikah bersama pilihan hatinya itu dalam majlis perkahwinan DiRaja bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI