fbpx

Pelangai kekal bawah BN, undi Melayu beralih kepada PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahir.

PETALING JAYA – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menunjukkan sokongan pengundi Melayu beralih kepada Perikatan Nasional (PN) meskipun kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Sulaiman berkata, kemenangan BN itu hanya disebabkan tambahan sokongan daripada pengundi Cina.

“Pelangai, kekal dimenangi BN. Itu sahaja yang kekal. Yang berubah, undi Cina (DAP) memangkah BN dan yang terus meningkat undi Melayu kepada PN.

“Yang kembali semula adalah politik rasuah, takut dan tamak iaitu budaya UMNO dan BN sejak dahulu yang mana ‘normal baharu’ kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRK kali ini, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat (4,375 undi) manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 47 undi.

Bagaimanapun, Amizar menang dengan majoriti undi lebih rendah iaitu sebanyak 2,949 undi berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI