fbpx

5 lagu kontroversi, tidak sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA penyanyi yang pernah terpalit kisah lagu yang dikecam dan mencetuskan kontroversi.

SEJAK dilancarkan tiga bulan lalu, lagu Malampagi terus memacu sambutan luar biasa terutama dalam kalangan anak muda.

Gara-gara dendangan yang tular, nama penyanyi asal Singapura, Saixse turut melonjak di persada hiburan tempatan.

Namun, hari tidak sentiasa indah apabila karya tersebut didakwa mengandungi lirik yang menjurus kepada gaya hidup bebas dan bertentangan akidah.

Menurut laporan media, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan seni kata yang ditulis adalah luahan sendiri dengan melihat realiti sekeliling.

Sehubungan itu, Gala minggu ini merangkumkan lima karya seni muzik yang turut terpalit kontroversi.

Hello Kuala Lumpur  (lagu kempen)

BUKAN sahaja lagu dewasa, tetapi lagu kanak-kanak yang berjudul Hello Kuala Lumpur turut menerima tempias kontroversi.

Bezanya, lagu tersebut menerima kecaman dalam kalangan netizen Indonesia yang mendakwa lirik dan melodi seakan-akan lagu patriotik negara mereka berjudul Halo, Halo Bandung.

Susulan daripada kejadian, perdebatan berlaku sehingga mendominasi pelbagai platform media sosial termasuk X dan Facebook.

Kaulah Segalanya – Ruth Sahanaya

LAGU yang sangat popular pada zaman 1990-an berjudul Kaulah Segalanya nyanyian Ruth Sahanaya sebenarnya diharamkan di Malaysia sehingga kini.

Difahamkan, lagu ini telah mencetuskan kontroversi kerana liriknya yang berbunyi: ‘Mungkin hanya Tuhan….’

Rata-rata ulama berasakan tidak sesuai menggunakan bait lirik tersebut kerana Tuhan Maha Mengetahui dan tidak ada ‘mungkin’ bagi Allah.

Difahamkan, sejak itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengharamkan siaran dendangan tersebut sehingga ke hari ini.

Namun, beberapa penyanyi tempatan yang menyampaikan lagu tersebut dilihat mengubah liriknya kepada ayat lebih sesuai.

How You Like That – Blackpink

BIARPUN kumpulan Blackpink memiliki kelompok peminat besar, mereka tetap dikecam berikutan video muzik (MV) lagu How You Like That yang tidak sensitif.

Kontroversi bermula apabila dalam MV, Tuhan Hindu Ganesha diletakkan di atas lantai, manakala di sebelahnya Lisa sedang duduk di atas takhta.

Peminat mengkritik kedudukan Lisa dalam video tersebut seolah-olah lebih tinggi daripada dewa atau Tuhan.

Adegan terbabit akhirnya disunting selepas kecoh dalam media sosial dan
pihak pengurusan, YG Entertainment serta Blackpink sendiri.

Namun, perubahan dalam video muzik menunjukkan bahawa pihak pengurusan peka dan menerima kritikan peminat peminat kumpulan itu di seluruh dunia.

Hidup Dalam Mati – Syamel

SUSULAN impak kontroversi lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel membuatkan penyanyi itu mengambil keputusan menarik diri daripada bertanding dalam separuh akhir Muzik Muzik 31 (SFMM31).

Hal tersebut terjadi apabila penyanyi Ayai Ilusi tampil mendedahkan melodi Hidup Dalam Mati mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya berjudul Ku Kejar Bayangmu nyanyian Idris.

Perihal tersebut mula dibongkarkan selepas lagunya menghadapi masalah untuk dipertandingkan ke Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik 22.
Syamel akur dengan kontroversi tercetus dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Putus Terpaksa – Ziana Zain

BARANGKALI ramai yang tidak tahu bahawa lagu nyanyian Ziana Zain berjudul Putus Terpaksa pernah mengundang kontroversi atas dakwaan liriknya sensitif.

Kesannya, lagu terbabit pernah mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 tetapi gagal ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 1993.

Putus Terpaksa yang dihasilkan Saari Amri berkisar percintaan seorang wanita dan lelaki yang bergelumang dengan najis dadah.

Meskipun merayu untuk berubah akhirnya kisah cinta mereka tidak berpanjangan apabila teman wanitanya tidak sanggup meneruskan hubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI