fbpx

Terengganu bawa pulang satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Terengganu meraikan jaringan Syahmi ketika mengikat Bali United 1-1 pada aksi kedua Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali kelmarin.

MENGAMBIL kira faktor bermain di tempat lawan, keputusan seri 1-1 dengan Bali United pada aksi kedua Kumpulan G Piala AFC di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali kelmarin sudah memadai buat Terengganu FC (TFC).

Pada aksi itu, percaturan ­genius pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner membawa masuk Syahmi Zamri bagi menggantikan Adisak Kraisorn nyata membuahkan hasil apabila bintang muda itu muncul wira apabila meledak gol penyamaan di hujung permainan.

“Bali United berjaya memberikan saingan yang cukup baik dan kami syukur dapat bawa balik satu mata. Apa pun, kami kena teruskan usaha dan perlu cuba lebih baik pada masa akan datang.

“Jurulatih beri peluang dan sokongan kepada saya. Jadi apabila diberi peluang, saya hanya mahu buat sehabis baik, namun saya percaya saya boleh buat lebih baik daripada ini,” kata Syahmi.

Terdahulu, Privat Mbarga meletakkan Bali United di depan pada minit ke-54, namun sebaik aksi memasuki minit ke-84, Syahmi berjaya menempatkan diri di kedudukan tepat untuk menyambut umpanan Nor Hakim Hassan.

Pada masa sama, Steinbruckner menjelaskan, semua pemain memiliki peluang sama rata dan tiada istilah anak emas dalam kamus dirinya.

“Saya berpuas hati dengan satu mata tetapi kalau ikutkan saya harapkan lebih lagi. Saya sebagai jurulatih akan cari penyelesaian terbaik dan kadang-kadang pemain muda yang boleh laksa­nakannya.

“Saya beri peluang kepada Syahmi kerana dia berhak dan ada kualiti. Saya akan turunkan siapa yang terbaik, bukannya pilih siapa pemain termuda atau paling tua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI