fbpx

PR1MA kongsi kepakaran bangun rumah mampu milik bersama delegasi Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Delegasi Afrika dan MATRADE bergambar bersama pengurusan PR1MA dalam sesi lawatan rasmi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi perumahan utama di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi dari benua Afrika.

Kunjungan anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama Kementerian Luar Negeri (KLN) itu adalah di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi program ‘Third Country Training Programme 2023: Trade Promotion for African Countries’ (TCTP 2023).

Menerusi lawatan ini, PR1MA berkongsi pandangan dan pengalaman operasinya dengan rakan-rakan antarabangsa dari Benua Afrika dalam pelaksanaan projek-projek kediaman mampu milik berkualiti.

Selain itu, ia turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan berkenaan model perumahan mampu milik yang efektif, fasiliti pembiayaan perumahan, perancangan bandar, dan penggunaan teknologi dalam projek-projek perumahan.

PR1MA dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah berkongsi maklumat tentang penyediaan 53,646 unit kediamannya di seluruh negara, yang mana projek-projek ini turut memberi penekanan kepada pembangunan komuniti daripada pelbagai aspek seperti kesejahteraan dan keselamatan, sosio-ekonomi serta pembangunan sosial penduduknya.

“Para delegasi telah didedahkan dengan operasi penyediaan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi serta pengurusan fasiliti berkualiti PR1MA melalui dua anak syarikatnya, iaitu PR1MA Communications Sdn. Bhd. (PCSB) dan PR1MA Facilities Management Sdn. Bhd. (PFMSB).

“Mereka menyambut baik peluang untuk memahami amalan terbaik Malaysia dalam sektor perumahan dan melihat sendiri kejayaan PR1MA dalam menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti kepada rakyat.

“Lawatan ini merupakan satu langkah positif dalam memperkuat hubungan PR1MA dengan rakan-rakan antarabangsa dalam sektor perumahan serta memberikan peluang untuk pertukaran pengetahuan dan teknologi inovatif dalam usaha bagi memperkasa sektor perumahan di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI