fbpx

Bayi 8 bulan maut, tertinggal dalam kereta lebih 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia lapan bulan ditemukan meninggalkan dunia oleh orang tuanya sendiri selepas tertinggal di dalam kereta lebih tujuh jam.

Kisah pilu ini diceritakan oleh seorang jururawat yang menggunakan akaun Twitter @ierakan memberitahu, bayi tersebut berada dalam kereta seorang diri dari pukul 7.30 pagi sehingga 4 petang.

“Berita sedih petang ini (semalam). Seorang pegawai perubatan(MO) dekat hospital datang kerja pukul 7.30pagi.

“Pukul 4 petang baru sedar anak umur lapan bulan tertinggal dalam kereta dekat staf parkir,” kongsinya dalam satu ciapan.

Dengan keadaan yang sudah membiru, mereka cuba melakukan segala usaha untuk menyelamatkan, namun begitu Allah lebih menyayangi si kecil tersebut.

“Bayi dah biru. Bawa ke kecemasan, CPR (proses bantuan pernafasan) semua. Bayi memang dah meninggal. Allahuakhbar,” luahnya sedih.

Difahamkan, keadaan cuaca di tempat kejadian semalam adalah panas terik dan hujan hanya turun pada sebelah petang.

“Hari ini (semalam) panas betul. Petang baru hujan. Kita pun peluh teruk jalan tengah panas. Ini kan pula dalam kereta bahang lagi.

“Semoga doktor tabah dan reda dengan ujian ini,” ujarnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut ternyata menyentuh hati pengguna Twitter yang lain dan ramai mendoakan agar keluarga bayi terbabit tenang menghadapi pemergian anak syurga itu.

“Beratnya perasaan bila dengar, Allahu. Innalilah salam takziah. Tolong la bagi doktor tu sokongan moral dan doakan mental health (kesihatan mental) dia okey. Ini ujian yang tak semua orang boleh hadap,” kata Januar Haikal.

Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai pengguna menasihatkan ibu bapa untuk lebih peka dengan situasi sebegini kerana sudah banyak kes melibatkan anak-anak ditinggalkan mahupun tertinggal dalam kereta seorag diri.

“Banyak dah kes anak tertinggal dalam kereta sampai maut, tolong lebih peka ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bawa anak. Pastikan mereka dengan kita baru kunci kereta atau pergi kemana-mana. Jadikan kes sebegini sebagai pengajaran,” tegur Aliyah.

“Ini bukan kes pertama ibu bapa tertinggal anak. Benda boleh jadi bila-bila sahaja dekat sesiapa. Mesti akan ada hari yang kita betul-betul sibuk sampai terlupa benda-benda lain. Semoga si ibu tabah hadapi ujian ni,” pesan Ameruddin Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI