fbpx

Liga Europa: Liverpool angkat prestasi Diaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ mengakui prestasinya menjadi lebih baik sejak menyertai Liverpool dari Porto pada Januari tahun lalu. – AFP

LIVERPOOL – Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz percaya corak permainannya sudah semakin baik sejak menjejakkan kaki ke Anfield selepas menyertai pasukan itu dari FC Porto pada Januari tahun lalu.

Pada saingan musim ini, pemain antarabangsa Colombia itu sudah memahat namanya selaku antara pemain penting The Reds selepas kembali daripada rehat panjang selepas mengalami kecederaan.

Justeru, dia tekad untuk terus menyumbang bakti dan tenaga bersama pasukan itu menjelang aksi Kumpulan E saingan Liga Europa menentang Union Saint-Gilloise yang akan berlangsung di Anfield tengah malam ini.

“Proses serta progres yang saya lakukan bersama pasukan sehingga sekarang boleh dikatakan sangat menakjubkan. Saya belajar banyak benda dan ia sangat membantu apabila masuk ke dalam padang.

“Secara jujur, saya nampak masa depan bersama kelab ini, iaitu memenangi banyak trofi dengan rakan sepasukan. Kami mahu mulakannya musim ini dan saya sedia memberikan segala-galanya untuk pasukan,” katanya.

Tambah Diaz, dia dan rakan sepasukan mahu membuktikan bahawa Liverpool masih sebuah pasukan yang disegani dalam kancah bola sepak Eropah biarpun mereka gagal mempamerkan aksi sebenar musim lalu.

“Kami mahu menang setiap pertandingan yang disertai, jadi kami tidak boleh sia-siakan setiap perlawanan. Kita masih di awal musim, jadi kami ada peluang untuk menang semua trofi tersebut,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI