fbpx

BSN diminta kaji buka mini BSN di Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD beramah mesra dengan jentera BN di Kampung Bukit Gajah di Bentong hari ini.

BENTONG – Bank Simpanan Nasional (BSN) diminta mengkaji dan membuat keputusan segera bagi mewujudkan sebuah bank mini di Pelangai di sini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau mengetahui isu dihadapi tentang keperluan sebuah bank dan sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSN, Jay Khairil Jeremy, sebuah bank di bawah Kementerian Kewangan.

“Beliau bersetuju menghantar pasukan untuk mengkaji kebolehlaksanaan sebuah mini bank BSN di kawasan Pelangai yang mana dirasakan sesuai di sini.

“Saya harap pihak BSN akan segera mengadakan kajian itu dan segera membuat keputusan dan tentunya saya selaku Timbalan Menteri Kewangan menyokong penuh hasrat rakyat yang inginkan sebuah bank,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Gajah di sini hari ini.

Beliau mengulas keperluan penduduk di Pelangai yang meminta supaya dibina sebuah bank komersial di situ.

Ahmad berkata, buat permulaan, biarlah bank mini dahulu dibina di Pelangai dan selepas itu ia boleh dibesarkan bergantung kepada keperluan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun sistem perbankan ketika ini boleh dilakukan secara dalam talian, tetapi penduduk kampung di sini masih memerlukan bank fizikal.

“Di sini ada tiga kawasan rancangan Felda dan mereka mempunyai keupayaan untuk menyimpan, mereka ada keupayaan untuk meminjam, begitu juga dalam kalangan guru sekolah, juga perkhidmatan lain polis, klinik termasuk peniaga kecil.

“Oleh itu, saya meminta agar BSN menyegerakan pasukan untuk membuat kajian pelaksanaan dan saya juga menyokong diadakan mini cawangan BSN di Pelangai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI