fbpx

Wanita lahirkan 6 anak dalam 10 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Quezia melahirkan enam bayi ketika usia kandungan 27 minggu. - Jetss

BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di Brazil melahirkan enam bayi dalam masa 10 minit menerusi kaedah pembedahan ketika usia kandungan mencecah 27 minggu, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Quezia dan suaminya, Magdiel Costa, 31, mengetahui bahawa mereka akan menyambut kelahiran enam bayi seawal April lalu.

Pada 7 September lepas, Quezia menjalani uterine cerclage iaitu prosedur untuk mengatasi rahim lemah dan mencegah kelahiran pramatang di sebuah hospital di Colatina.

Seramai 32 pakar perubatan termasuk doktor, ahli fisioterapi, jururawat, pakar bius dan pediatrik bekerjasama ketika menyambut kelahiran bayi-bayi Quezia pada petang Ahad lalu.

Bayi-bayi itu diberi nama Theo, Matteu, Lucca, Henry, Eloa dan Mayte. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI