fbpx

Selangor tunai ‘Tawaran Kita Selangor’ dalam tempoh 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri melaksanakan tiga daripada lima janji ‘Tawaran Kita Selangor ‘ dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini melibatkan pemberian pengecualian cukai taksiran kepada 426,656 rumah kos rendah dan rumah kampung di negeri ini.

Katanya, pengecualian itu bermula 1 Julai lalu hingga 31 Disember depan.

“Ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM29,415,672.50 kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bantuan secara bersasar ini diharapkan meningkatkan pendapatan boleh guna bagi golongan yang memerlukan serta mengurangkan kos sara hidup,” katanya kepada pemberita dalam akhbar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Amirudin memberitahu, Insentif Khas Pegawai Masjid juga akan dilaksanakan bermula 25 Oktober depan dalam menggerakkan syiar Islam di negeri ini.

Ujarnya, seramai 760 imam akan menerima bayaran bulanan yang ditingkatkan dari RM1,300 ke RM1,500 sebulan dan diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), manakala kenaikan elaun sebanyak RM50 akan diterima nazir, bilal dan siak.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga akan memberikan bantuan RM1,000 kepada 500 pengusaha dalam bidang tanaman, ternakan, akuakultur, industri asas tani serta nelayan melalui kerjasama Agro Bank Selangor serta Koperasi Kohijrah Warga Hijrah Selangor Berhad.

“Selain itu, baki dua lagi komitmen utama iaitu baucer buku dan program bantuan untuk wanita bekerja akan dilaksanakan pada hujung Oktober atau November depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI