fbpx

Kerajaan utus surat kepada Indonesia selesai segera masalah jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika berucap pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim mengesahkan telah menghantar surat bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) kepada Indonesia.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau telah menghantar surat tersebut kepada rakan sejawatnya di Indonesia selepas diarahkan Perdana Menteri semalam bagi menangani masalah jerebu yang sedang melanda negara ketika ini.

Namun begitu, isi kandungan surat serta bila surat terbabit diutuskan tidak dinyatakan secara terperinci.

“Saya sudah utus surat kepada Indonesia, semalam Perdana Menteri telah mengarahkan pihak kementerian untuk mengkoordinasi masalah jerebu ini.

“Susulan arahan tersebut jadi saya telah mengutus surat itu kepada rakan sejawat saya di Indonesia,” jelasnya selepas berucap pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Nik Nazmi untuk mengkoordinasi bersama rakan sejawatnya dalam ASEAN termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Terdahulu, Nik Nazmi berkata, operasi pembenihan awan (OPA) dalam negara akan dilakukan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 150 bagi tempoh melebihi 24 jam.

Jelasnya, kementeriannya juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) yang menyenaraikan tindakan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam pengurusan jerebu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI