fbpx

Aliff Syukri bantu bapa Sajat belikan kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Aliff Syukri di Instagramnya semalam.

PETALING JAYA – Tindakan usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri membantu bapa sahabat baiknya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dengan membeli sebuah kerusi roda menyentuh hati ramai orang.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @papalaris, Aliff dan isterinya turut membeli beberapa kelengkapan lainnya untuk diserahkan kepada keluarga Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Difahamkan, bapa Sajat kini terlantar sakit.

Terdahulu, menerusi satu sesi ‘live’ di TikTok, Sajat dengan tulus memohon bantuan keperluan sebuah kerusi roda untuk bapanya.

Sajat kini berada di Australia selepas melarikan diri ekoran waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di mahkamah.

Tindakan Aliff itu turut mendapat reaksi positif orang ramai dan rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap Sajat serta berharap dia dapat kembali semula ke tanah air.

“Masih ingat Sajat nangis, dia cerita tentang persahabatan dengan keluarga Datuk Aliff,” tulis Wani Deen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI