fbpx

PUNB pelawa siswazah bumiputera rebut dana RM3.5 juta sertai Program JumPER Great

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan belia diberi peluang untuk memohon dana terbaharu daripada PUNB. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa siswazah bumiputera yang berusia 30 tahun ke bawah yang berminat dalam bidang keusahawanan untuk merebut dana berjumlah RM3.5 Juta menerusi Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) dan Geran Dana Pembangunan Alumni JumPER bermula hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, program JumPER GREAT menawarkan program latihan keusahawanan digital kepada siswazah bumiputera.

Menurut beliau, sebanyak RM3.5 juta dana diperuntukkan untuk program ini meliputi elaun, geran permulaan, latihan, pemantauan dan konsultasi perniagaan.

“Penyertaan bagi program ini terhad kepada 300 peserta sahaja dan mereka yang layak akan menyertai latihan selama tiga bulan, diberikan elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Sekiranya peserta tidak mempunyai produk untuk dipasarkan, PUNB akan mengadakan padanan perniagaan dengan menghubungkan peserta dengan syarikat terpilih bagi membolehkan mereka memasarkan produk syarikat tersebut di platform niaga peserta. 

“PUNB juga akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Izwan menjelaskan,  inisiatif ini diperkenalkan untuk menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan belia bumiputera sekali gus meningkatkan penyertaan usahawan yang lebih berkualiti dan mahir dalam penggunaan teknologi digital.

“Selain itu, tujuan inisiatif ini diwujudkan untuk menggalakkan golongan belia menjadikan sektor perniagaan sebagai kerjaya pilihan bukannya sebagai sumber untuk menambahkan pendapatan semata-mata. 

“PUNB mahu memberikan pendedahan yang inklusif kepada golongan belia dan menjadikan keusahawanan sebagai satu budaya,” katanya.

Tambah beliau, inisiatif kedua yang diperkenalkan PUNB adalah  Geran Pembangunan Alumni JumPER iaitu, khas untuk Alumni JumPER PUNB yang menamatkan latihan dari tahun 2020 hingga 2023.

Katanya, seramai 546 alumni JumPER layak memohon geran dana pembangunan sehingga RM15,000 untuk setiap syarikat.

“Inisiatif untuk Alumni JumPER PUNB ini adalah tanda sokongan dan galakkan PUNB untuk terus memperkasakan usahawan muda bumiputera khususnya Rakan Usahawan PUNB,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI