fbpx

Mayat kakak ditemui, adik masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Azila ditemui pukul 11.36 pagi tadi oleh pasukan penyalamat dan penduduk kampung. -Foto: Ihsan Bomba-

KENINGAU – Salah seorang daripada dua beradik yang dilaporkan hilang di Sungai Pegalan berhampiran Kampung Lingkudau semalam, Azila Jabar, 12, ditemui lemas pukul 11.36 pagi tadi oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, seorang lagi mangsa iaitu adik kepada Azila bagaimanapun masih belum ditemui dan operasi mencarinya sedang dilakukan.

“Operasi SAR dijalankan di kawasan dengan jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam menggunakan satu bot. Selain itu, operasi turut dilakukan dengan teknik menyusuri tebing sungai berjalan kaki oleh pasukan mencari.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi pencarian dengan melakukan selaman. Mangsa ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 1.7 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, Azila dan adiknya Arlina, 9, dipercayai bermain berhampiran tebing sungai berkenaan sebelum Arlina terjatuh ke dalam sungai dan Azila bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya, namun kedua-duanya hilang di dalam air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI