fbpx

Lelaki rempuh kereta rakan bekas kekasih kerana cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUV milik Sombat ditemui dengan kesan pelanggaran. - Facebook

BANGKOK – Gara-gara cemburu, seorang lelaki di Thailand nekad merempuh kereta milik rakan bekas teman wanitanya sebelum bertindak mengelar lehernya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pegawai dari Balai Polis Sattahip dan pasukan penyelamat bergegas untuk memeriksa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di daerah Sattahip, wilayah Chon Buri pada pukul 2.50 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, mereka turut menemui sebuah trak pikap Isuzu yang mempunyai kesan-kesan pelanggaran pada bonet. 

Seorang lelaki bernama Sombat Samruampairat, 57, ditemui di tempat duduk pemandu SUV dalam keadaan berlumuran darah dan luka pada lehernya sambil memegang sebilah pisau.

Nasibnya baik apabila anggota penyelamat memberikan bantuan pernafasan dan berjaya menyelamatkan nyawanya.

Sementara itu, pemandu trak pikap Isuzu, Adisorn dan seorang penumpang wanita, Phakawan, ditemui di dalam kenderaan tersebut, namun tidak mengalami kecederaan.

Menurut Adisorn, Phakawan ialah bekas teman wanita Sombat dan mereka berpisah dua bulan lalu.

Phakawan dikatakan pergi ke rumah Sombat untuk mengambil motosikalnya sebelum mereka mula bertengkar.

Sombat cuba menyerang Phakawan tetapi Adisorn berjaya menghalangnya. 

Akibat cemburu, Sombat merempuh kenderaan Adisorn dari belakang sebelum memberhentikan keretanya untuk mengelar leher sendiri.

Sombat kini dirawat di Hospital Somdech Phra Nangchao Sirikit tetapi keadaannya belum dikemas kini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI