fbpx

Satu lagi keajaiban Allah tunjuk, Abdullah makin pulih – Abdur Rahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran mengenai Abdullah di TikTok.

PETALING JAYA – Remaja lelaki yang terselamat dalam nahas yang mengorbankan enam ahli keluarganya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, awal September lalu sudah semakin pulih.

Abdullah Amir Ruddin, 15, yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir dikatakan telah keluar dari hospital dan dijaga oleh ahli keluarganya yang lain.

Melalui sebuah video dikongsi di TikTok, Abdullah yang dilihat terlantar di atas katil perlu dibantu untuk makan dan minum.

Menerusi catatan di TikTok milik abangnya, Abdur Rahman, 19, beberapa hari lalu difahamkan Abdullah kini sudah mula berselera untuk makan dan tiub susu juga sudah dicabut.

“Alhamdulillah satu lagi miracle (keajaiban) Allah tunjuk, baby doll (Abdullah) dah mula makan bubur dan semalam dia dah mula isi perut dia yang kurus keding tu.

“Doakan semoga cepat sembuh ya,” tulis Abdur Rahman.

Terdahulu, Abdullah menjalani pembedahan akibat kecederaan parah pada kepalanya.

Kemalangan melibatkan tujuh sekeluarga itu mengorbankan ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46.

Nahas itu turut meragut nyawa nyawa empat adik-beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI