Bermasam muka angkara kelab EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RATA-RATA golongan lelaki di negara ini gemar menonton bola sepak berkualiti menerusi kaca televisyen di rumah atau kedai mamak, biarpun ada antara mereka tidak pandai pun bermain sukan berkenaan.

Kebiasaannya, perlawanan membabitkan Liga Perdana Inggeris (EPL) sering menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan berbanding liga-liga lain di Eropah kerana faktor tarikan kelab dan pemain di dalam liga berkenaan.

Antara kelab yang memiliki peminat yang ramai di negara ini ialah Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan kelab milik jutawan Arab, Manchester City.

Ketika ini, EPL baru sahaja selesai mengharungi tujuh perlawanan liga pada hujung minggu lalu dan berbaki 31 lagi perlawanan perlu diharungi oleh setiap kelab sebelum ia berakhir.

Meskipun masih di peringkat awal, namun para peminat sudah boleh menilai kualiti pasukan masing-masing. Pasukan paling cemerlang ketika ini sudah tentu City dan Liverpool kerana masing-masing berada di kelompok atasan liga. Ada beberapa pasukan terkemuka pula menunjukkan prestasi buruk pada peringkat awal liga apabila menghuni kelompok pertengahan dan dasar liga.

Misalnya Chelsea, biarpun berbelanja besar untuk memborong pemain pada jendela perpindahan lalu, namun kelab itu dilihat bergelut mewujudkan kerasian di atas padang.
United pula hanya mampu menghuni pertengahan liga disebabkan prestasi ala yoyo pasukan berkenaan.

Situasi ini pastinya menghadirkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat kedua-dua pasukan berkenaan.

Apa tidaknya, siapa yang tahan kalau setiap minggu kelab mereka menjadi bahan troll oleh peminat bola sepak. Malah, ada pihak sanggup menyunting pelbagai video dan gambar untuk mengutuk pemain atau pasukan yang kalah di dalam media sosial.

Tambah malang, jika seseorang itu terpaksa menjadi ‘bahan’ kepada rakan-rakan di sekeliling selepas pasukan kegemarannya mengalami kekalahan.

Salah satu terma paling popular buat peminat kelab yang mengalami kekalahan ketika ini adalah ‘penghuni gua’. Bagaimanapun, tidak semua orang yang tahan apabila ‘dibahan’ oleh rakan-rakan lain.

Ada beberapa rakan penulis mengakui, mereka ‘koyak’ apabila sering menjadi mangsa kutukan rakan-rakan sama ada di dalam media sosial atau lisan selepas pasukan kesayangan mereka mengalami kekalahan.

Malah, ada rakan penulis yang bergaduh dan bermasam muka sesama mereka hanya disebabkan
pasukan EPL.

Ini berlaku selepas pasukan A menang ke atas pasukan B dengan jaringan 7-0. Disebabkan itu, rakan penulis yang sokong pasukan A mengutuk penyokong pasukan B ini dengan pelbagai ayat penghinaan sehingga berlaku pergaduhan antara mereka.

Pada pendapat penulis, sukan seperti bola sepak seharusnya menjadi medium kepada kita (penyokong) untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

Sudah menjadi adat dalam mana-mana sukan, pasti ada pasukan yang menang dan kalah. Sentiasalah peganglah prinsip, kalau kalah, terimalah hakikat bahawa pasukan anda masih belum cukup kuat. Kalau menang, beringatlah tidak selamanya kelab anda akan berada di atas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN