fbpx

Zara Zya ni sudahlah cantik, baik pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Zara memborong kuih jualan seorang pemuda dipuji ramai.

SIKAP pemurah pelakon Zara Zya memborong kuih peneram yang dijual seorang pemuda, menarik perhatian peminatnya.

Rata-rata netizen nampaknya tersentuh dengan niat dan keikhlasan pelakon cantik itu untuk membantu peniaga tersebut supaya dapat pulang awal selepas jualannya habis diborong.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, dia dilihat singgah ke sebuah gerai menjual kuih peneram.

Kata Zara, memandangkan hari sudah petang, manakala kuih yang dijual lelaki itu masih banyak, jadi dia membeli kesemua kuih tersebut dengan harga RM15 sahaja.

Rata-rata peminatnya dalam Instagram tersentuh dengan niat baik Zara yang menyifatkan wanita itu bukan sahaja cantik, tetapi memiliki hati yang baik.

Malah, ada juga netizen yang mendoakan agar Zara dipertemukan jodoh dengan lelaki yang tepat dan baik seperti dirinya.

“Alhamdulillah. Rasa sebak pula. Semoga kedua-duanya dipermudahkan urusan,” kata seorang pengguna Instagram.

“Semoga bertambah rezeki Zara dan dipertemukan jodoh yang soleh,” ujar seorang netizen.

Diva yang tengok pun rasa tersentuh. Tiba-tiba rasa nak makan kuih peneram pula. Mana nak cari ya?

DIVA: Pelakon Tracie Sinidol khabarnya tertekan apabila sering ditegur pengarah gara-gara loghat Sabah yang sangat pekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI