fbpx

Biar PM buat keputusan – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Seri Johari Abdul Ghani (tengah) beramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Sungai Gapoi di Bentong.

BENTONG – “Sama ada Perdana Menteri hendak buat rombakan (Kabinet) atau tidak, itu hak mutlak Perdana Menteri,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat rombakan Kabinet melibatkan beberapa kementerian akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini.

Katanya, mana-mana kerajaan, Perdana Menteri mesti mempunyai keputusan ekslusif.

“Saya berpandangan begini. Mesti dalam mana-mana kerajaan, Perdana Menteri mesti ada dia punya keputusan ekslusif.

“Kita tidak boleh memberi sebarang tekanan kepada Perdana Menteri sebab kita semua sudah pilih dia (Anwar) sebagai Perdana Menteri, kita sokong dia,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengadakan sesi Ziarah Kasih Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Gapoi, di sini, hari ini.

Tambahnya, semua pihak diminta tidak memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dengan mengambil kira bahawa Kerajaan Perpaduan ini baharu sahaja mencecah tempoh 10 bulan.

“Dalam 10 bulan ini kita berdepan dengan ekonomi global yang besar di samping kita juga berdepan dengan cara yang sesuai untuk bekerja dengan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah salah satu daripada perubahan yang perlu kita lalui. Saya rasa kalau bagi masa secukupnya hingga akhir tahun 2027, saya ingat kita akan nampak dan menilai keberkesanan kerajaan perpaduan dalam mentadbir negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI