fbpx

Skuasy sumbang emas ketiga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain skuad negara meraikan kejayaan memenangi pingat emas berpasukan wanita menewaskan Hong Kong 2-1 pada final di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou sebentar tadi. - FB HANNAH YEOH

PETALING JAYA – Malaysia menepati ramalan apabila memenangi pingat emas skuasy berpasukan wanita Sukan Asia Hangzhou selepas menewaskan Hong Kong 2-1 pada final di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Kemenangan itu amat bermakna selepas Malaysia sekadar meraih pingat gangsa sewaktu edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Aifa Azman muncul wira apabila memastikan emas milik Malaysia selepas Rachel Arnold tewas pada aksi pertama sebelum S. Sivasangari kembali menghidupkan peluang dengan kemenangan dalam perlawanan kedua.

“Semua pemain kita bermain dengan bagus terutama Aifa dalam kelasnya tersendiri. Alhamdulillah kita rampas semula pingat yang terlepas pada 2018,” kata pengurus skuasy negara, Mohd. Nafzahizam Mohd. Adnan.

Skuad berpasukan skuasy lelaki pula terpaksa berpuas hati berkongsi pingat gangsa dengan Hong Kong selepas tewas di peringkat separuh akhir kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI