fbpx

Rambut gadis tersangkut pada roda Ferris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki terpaksa memotong rambut mangsa. - Ary News

NEW DELHI, India – Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan situasi rambut seorang gadis tersangkut pada rangka besi roda Ferris.

Laman berita Ary News melaporkan, kejadian berlaku semasa perayaan tempatan yang disambut di seluruh India.

Ketika menaiki roda Ferris, gadis itu melepaskan rambutnya keluar gerabak. Selepas dua pusingan, gadis itu menjerit kesakitan apabila rambutnya tersangkut.

Video yang tular selepas dikongsi di Instagram itu memaparkan situasi di mana roda Ferris itu dihentikan bagi mengelakkan gadis itu cedera.

Dua  lelaki memanjat roda Ferris itu dan berusaha melepaskan rambut mangsa. 

Mereka kemudian terpaksa memotong rambutnya menggunakan pisau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`