fbpx

AEON Wellness bakal buka 10 lagi cawangan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEON Wellness menawar pelbagai produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari luar negara serta keluaran dari luar negara.

KUALA LUMPUR – AEON Wellness, salah satu unit perniagaan dalam AEON Co (M) Berhad, memiliki keunikannya tersendiri untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan berbanding pemain lain.

Ketua AEON Wellness, Wilson Lim berkata, antara kelebihan syarikat adalah ia memiliki kumpulan dedikasi khusus sebagai penasihat kecantikan dan juga ahli farmasi dalam outlet tertentu yang akan membantu pelanggan mendapat khidmat nasihat mengenai masalah kesihatan dan penjagaan kecantikan.

Menurut beliau, syarikat juga aktif menganjurkan pelbagai aktiviti lain untuk mendekati pelanggan selain menyediakan perkhidmatan mesin analisis kulit wajah yang disediakan di outlet tertentu secara percuma kepada pelanggan.

 

“Ini adalah perkhidmatan terbaharu syarikat dan ia bertujuan untuk membantu pelanggan mengetahui tahap kesihatan kulit wajah masing-masing serta dalam masa yang sama, mereka akan dapat mengenal pasti produk yang bersesuaian dengan jenis kulit yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi Bengkel Kenali Wajah Anda anjuran AEON Wellness di sini baru-baru ini.

Selain itu, Lim menjelaskan, syarikat kini memiliki 60 cawangan di seluruh negara yang mana 60 peratus daripadanya terletak di kawasan Lembah Klang.

“Kami bercadang untuk membuka antara tiga hingga lima cawangan pada tahun ini manakala untuk perancangan tahun hadapan, kami merangka pelan untuk membuka kira-kira 10 cawangan baharu,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI