fbpx

Wanita terkejut jumpa batu geliga dalam telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu itu dikatakan mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar. - KhaoSod

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Rayong, timur Thailand terkejut apabila menemui ketulan keras seperti batu di dalam kuning telur yang dibelinya, lapor laman berita Thaiger.

Patcharin Jaisuk, 55, yang berniaga menjual nasi kukus selama lebih 30 tahun,  berkongsi kejadian itu dengan jirannya semalam.

Rumah Patcharin yang terletak di daerah Kram, kemudian menarik perhatian penduduk setempat. 

Sebilangan jiran berkunjung ke kediaman tersebut untuk melihat batu misteri berukuran kira-kira 1 sentimeter itu. Ketulan tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak berwarna emas.

Batu itu berwarna kemerah-merahan, berbintik kuning, berbentuk aneh dan beratnya sekitar 100 gram. Teksturnya pula berbeza daripada batu biasa.

Menurut Patcharin, dia menemui batu tersebut di dalam telur ayam rebus yang dibelinya dari sebuah pasar dua hari lepas.

Pada hari kejadian, dia merebus empat biji  telur dan tergigit batu keras itu ketika makan bersama suaminya.

Dia pada awalnya menyangka ia adalah kulit telur, namun setelah diperiksa, mereka mendapati objek tersebut sebutir batu.

Setelah dibersihkan, objek itu didapati mempunyai permukaan lebih lembut berbanding batu sebenar, mendorong Patcharin menyimpannya sebagai azimat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI